Hari ini aku nak cerita sikit pasal hari raya aidilfitri baru-baru ini..
Rabu 15.08.12 :
Huhu last day di polisas sebelum cuti raya, habis kelas je aku dan rakanku segera balik ke rumah sewa di Sri Kuantan.. lepas itu aku dan rakan rakan ku bersiap2 untuk pulang ke kampung halaman tetapi hujan terlalu lebat di sebelah petang membuatkan kami terpaksa bermalam di rumah sewa.. Malam itu kami sempat pergi shoping baju raya at ecm.. kami pulang keesokan tengah hari dengan motorsikal.. sampai di rumah sahaja aku sempat berbuka puasa dengan keluargaku.. huhu mak aku masak lauk kegemaranku iaitu ayam percik.. aku sangat seronok setelah tiba di kampung..
''Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusi.."
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusi.."
lagu m.nasir selalu berada dalam radio pada malam raya.. haha
Raya 20.08.12
Setelah selesai solat raya pagi itu aku n keluargaku ke kubur untuk menziarahi kubur arwah bapaku yang telah meninggal sejak 19 tahun yg lalu.. selepas itu kami terus balik kerumah untuk bersalam salaman meohon maaf dengan mak dan abang dan kakakku.. huhuhu. mak aku masak nasi kunyit dan tempah ketupat untuk hidangan para tetamu di hari raya pertama ini.. hari ini aku hanya berjalan dgn keluargaku ke rumah sedara mara dan jiran-jiran yg berada berdekatan..
Raya 21.08.12
Jam menunjukkan pukul 10 pagi, keluargaku mengajak ke rumah pak sedara yang membuat rumah terbuka besar besaran.. tapi aku biarkan mereka pergi dulu kerana aku nak pergi dengan kawan-kawanku supaya senang pergi ke rumah kawanku yg tak jauh dengan rumah pak sedaraku.. maklumlah, kalau ikut keluarga lambat la sikit dapat balik.. hehehe.. setelah itu, kami terus pegi ke rumah kawan-kawan.. sehari suntuk beraya, perut terlalu kenyang sehingga nak termuntah kerana makan macam-macam makanan dan minum air gas(berkabonat) terlalu banyakk..
Raya 22.08.12
Hari ini aku dan kawan kawanku pergi beraya di rumah cikgu-cikgu sekolah dulu.. kami gembira dapat jumpa cikgu lama yg telah banyak berkorban semasa di bangku persekolahan dulu.. huhu.. kami sangat kenyang kerana ramai rumah cikgu kami membuat open house pada hari raya ketiga ini..
Nak cerita panjang2 dah letih menaip.. jadi,ni jela ceritaku pada hari raya.. Akhir sekali.. aku nak ucapkan pada semua..
No comments:
Post a Comment